suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis rakam keterangan Najib kali kedua

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi hadir memberi keterangan kepada pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Khamis.

Difahamkan, beliau dilaporkan tiba bersama peguamnya kira-kira jam 9 hingga 9.30 pagi tadi selepas kehadirannya di Menara 238, Jalan Tun Razak, di sini, tidak disedari pihak media.

Sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna putih dipercayai dinaiki Najib dilihat berada di bahagian belakang menara menunggu untuk mengambil Ahli Parlimen Pekan itu selepas proses memberikan keterangan selesai.

Namun, sehingga jam 11.30 pagi, kelibat Najib masih belum kelihatan.

Keterangan itu dipercayai bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla).

Isnin lalu, Najib telah hadir memberikan keterangan kira-kira satu jam.

Pada 8 Ogos lalu, Najib didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan medianya berkata, pertuduhan itu berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.-SinarHarian

Najib, Bukit Aman

Artikel Lain