Anwar: Tiada asas tuduh Dr Mahathir terlibat konspirasi jadi PM

KUALA LUMPUR: Tuduhan yang dilempar ke atas Tun Dr Mahathir mendakwa perdana menteri itu terlibat dalam plot untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri akan datang adalah tidak berasas.

Itu kata Anwar. Presiden PKR tersebut menegaskan bahawa beliau dan Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang masalah.

"Saya sudah menasihatkan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bahawa tuduhan sebegitu adalah tidak berasas dan memberitahu beliau agar tidak mengulangi kenyataan itu lagi.

"Biar dia uruskan. Saya tidak tahu sama ada dia sudah tulis atau belum, tapi saya sudah minta dia agar buat pembetulan.

"Adalah tidak berasas untuk kaitkannya dengan nama Dr Mahathir," kata beliau pada Isnin selepas prosiding di kamar hakim disaksikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Faizah Jamaludin.

Abdullah Sani yang merupakan ahli Parlimen Kapar mendakwa Dr Mahathir dan Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin adalah antara yang terlibat untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri.

Anggota jawatankuasa eksekutif PKR itu menambah bahawa beberapa pihak yang telah menganiaya Anwar sebelum ini, berkonspirasi sekali lagi untuk menghalang beliau untuk menyandang jawatan tersebut.

Abdullah Sani membuat tuduhan pada 12 Ogos di Seremban ketika berkempen untuk Rafizi Ramli, yang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR.

Rafizi bertanding 'menentang' Datuk Seri Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya. - The Star

Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain