suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga maut selepas pacuan empat roda langgar belakang lori

IPOH: Tiga lelaki terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka melanggar belakang lori di Lebuhraya Utara Selatan dekat plaza tol Simpang Pulai di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku pada pukul 4.20 pagi Ahad itu.

Kata beliau, kesan perlangggaran itu menyebabkan mayat ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kereta.

"Pemandu lori yang membawa surat khabar itu turut cedera," katanya, lapor The Star.

Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

kemalangan maut

Artikel Lain