suria

Ujian besar buat PH - Dr Wan Azizah

SEPANG: Tiga kematian berturut-turut melibatkan wakil rakyat di Selangor disifatkan ujian besar buat kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya terpaksa melalui tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan tersebut.

“Kita harus meneruskan perjuangan dan membuat persiapan menghadapi PRK,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kesedihan atas kehilangan Prof Dr Shaharuddin Badaruddin selaku Exco Kerajaan Selangor.

“Kita mendoakan agar roh beliau diberikan rahmat dan keredaan Allah swt,” katanya pada sidang media selepas menziarah jenazah Allahyarham di Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis Sungai Merab di sini, Jumaat.

Shaharuddin yang juga Adun Seri Setia menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.28 petang semalam di Hospital Putrajaya, pada Khamis.

PH, Wan Azizah, Shaharuddin

Artikel Lain