suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebab nak berlagak hebat, remaja perempuan patah paha kanan

SEORANG remaja perempuan terpaksa menanggung derita selepas patah peha kanan akibat terjatuh dari ketinggian 10 kaki.

Menerusi sebuah rakaman video yang menjadi tular di media sosial itu, kelihatan tiga remaja perempuan berpaut pada eskalator yang sedang bergerak sebelum salah seorang daripada mereka gagal turun dan terjatuh ke atas lantai.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat membeli-belah di Sandakan, Sabah.

Sementara itu, seorang lelaki dipercayai pengunjung di pusat membeli-belah itu dilihat cuba membantu remaja berkenaan namun tidak berjaya.

Saksi kejadian kemudiannya menghubungi pengawal keselamatan sebelum mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

eskalator, petah peha kanan, Sandakan

Artikel Lain