suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenis tak 'faham bahasa', suka buang sampah tepi tong

PERBUATAN tidak bertanggungjawab dua lelaki ini membuang timbunan sampah ke atas tanah meskipun tong sampah ada disediakan mengundang kemarahan netizen di media sosial.

Melalui rakaman video berkenaan, kelihatan 2 lelaki menaiki sebuah kereta proton berwarna merah melonggokkan lebih 2 timbunan sampah di luar tong sampah dalam kejadian di Cabang 3 Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab mereka itu sekaligus mencerminkan budaya tidak bertamadun sesetengah kelompok masyarakat.

Video tular itu turut menerima kecaman ramai yang rata-rata berang dengan sikap dua remaja lelaki berkenaan.

Pasir Mas, Kelantan, buang sampah

Artikel Lain