suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib nafi kerap jumpa Jho Low tahun lepas

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan laporan yang mendakwa beliau kerap terbang ke China tahun lalu untuk menemui jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low.

“Tidak,” kata Najib ringkas sebelum meninggalkan Parlimen.

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan sama ada beliau kerap bertemu Jho Low di China.

Pada Rabu, Wall Street Journal melaporkan, bekas pegawai kerajaan yang enggan dinamakan pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri membongkarkan bahawa pada Mei 2017, Jho Low bertemu Najib di luar forum Belt and Road yang berlangsung di Beijing untuk membincangkan projek-projek infrastruktur yang melibatkan China. - Sinar Harian

Najib Tun Razak, Jho Low

Artikel Lain