suria

Tweet biadab Razlan, KJ minta presiden bersuara

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin meminta Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak terhadap salah seorang anggotanya yang tidak sensitif mengenai kematian Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee.

"Presiden parti @Zahid_Hamidi mesti kutuk kenyataan seperti ini. Belajar daripada apa yang sudah berlaku. Orang ramai menolak parti kerana sikap individu yang bercakap dan membuat perkara salah.

"Perlu tunjuk kepimpinan. Tidak guna jika hanya memimpin tetapi tidak menghukum," ujar Khairy di Twitternya.


Awal pagi Jumaat, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Rafii dikecam gara-gara status di Twitternya yang mengutuk kematian Tien Chee.

Berikutan itu, Razlan dikecam sehinggalah beliau memadam tweet tersebut dan memuat naik tweet baharu.


Tien Chee atau dikenali sebagai Eddie Ng,40, maut di tempat kejadian selepas kenderaan Nissan Xtrail dipandunya dipercayai terlanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga.

Beliau dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis makan malam di ibu negara.

Razlan Rafii, Khairy, Tien Chee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis dilihat di rumah Najib

Artikel Lain