suria

Polis ambil keterangan pembantu rumah Najib

KUALA LUMPUR: Pasukan polis bu Pejabat Polis Daerah Sentul yang dilihat memasuki rumah Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta pada Jumaat adalah untuk mengambil keterangan pembantu rumahnya.

"Saya boleh mengesahkan bahawa pasukan berada di sana untuk merakamkan kenyataan pembantu rumah itu.

"Ini berkaitan dengan laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Najib," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Md Isa, Jumaat.

Sekurang-kurangnya enam anggota polis berseragam dilihat memasuki rumah bekas perdana menteri.

Tidak jelas apakah laporan yang dibuat oleh Najib.

Sebelum ini, pada Khamis, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan bahawa Najib telah dipanggil oleh polis untuk memberi kenyataan.

Beliau berkata kenyataan dari Najib adalah perlu bagi pihak polis untuk menyiasatnya skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

pembantu rumah, najib, polis

Artikel Sebelum

PPBM kini dikenali Bersatu

Artikel Berikut

Artikel Lain