suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis dilihat di rumah Najib

KUALA LUMPUR: Beberapa anggota polis dilihat memasuki rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Sekurang-kurangnya enam orang anggota memasuki kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, menurut posting Facebook Berita Harian Online.

Polis hadir ke rumah Najib selepas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada Khamis mengesahkan bahawa beliau telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan, lapor Bernama.

Beliau berkata kenyataan daripada Najib adalah perlu bagi pihak polis untuk menyiapkan siasatannya terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya awal bulan ini.

Tuduhan berkaitan dengan bagaimana RM42 juta, dari SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, berada dalam akaun bank peribadi Najib.

Sebanyak RM1.1 bilion wang tunai, barang kemas, beg tangan dan jam tangan mewah, serta cermin mata hitam telah dirampas dari kediaman dan pejabat yang dikaitkan dengan Najib, menjadikannya rampasan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Lebih dari 12,000 keping barang kemas, 423 jam tangan, 234 pasang cermin mata hitam dan 567 beg tangan adalah antara barangan yang dirampas.

Sebanyak RM116 juta tunai dalam 26  jenis mata wang berbeza juga dirampas.

Najib, Polis

Artikel Lain