'Wira' perjuang kanak-kanak, merungut 'tak baik bagi duit raya RM5' dikecam - Semasa | mStar

'Wira' perjuang kanak-kanak, merungut 'tak baik bagi duit raya RM5' dikecam

-Gambar hiasan

SATU posting di media sosial yang merungut mengenai 'duit raya kanak-kanak' tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Dalam satu paparan skrin Insta Story yang muncul pada Sabtu, individu yang memuat naik posting tersebut mungkin menganggap dirinya wira apabila dia tidak setuju duit raya sebanyak RM5 atau kurang diberikan kepada kanak-kanak.

"Dalam zaman sekarang ini, apa yang boleh dibuat oleh anak-anak itu dengannya? Penilaian bahawa 'zaman anda' dulu duit raya sebanyak itu diberikan sudah memadai, tetapi sekarang, tak baik buat macam tu," tulis individu berkenaan sambil menambah kanak-kanak harus mempunyai sesuatu untuk diraikan dalam perayaan setahun sekali ini.

"Kalau mahu beri paket hijau biarlah wajar nilainya," tulisnya.

Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia menandakan berakhirnya bulan Ramadan dan ia merupakan tanda kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Umat Islam memakai pakaian baharu yang berwarna-warni dan menziarahi rakan dan sanak-saudara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pada Aidilfitri juga orang dewasa akan memberikan duit raya biasanya untuk kanak-kanak tetapi ia bukan perkara wajib.

Wang dalam paket hijau akan diberikan mengikut keikhlasan dan tiada nilai ditetapkan.

Posting ini telah mendapat maklum balas kurang menyenangkan di media sosial.

Walaupun ramai yang mengecam penulis asal posting ini dan mereka mencari identitinya, tetapi ia sebenarnya bukanlah satu perkara penting, seperti yang ditulis oleh pengguna Risha Chub di Facebook.

"Jumpa posting ini di Twitter dan orang yang siarkan posting ini di Twitter tak dedahkan identiti individu asal yang buat posting mengarut ini.

"Bagaimanapun, kalau saya saya tahu siapa orangnya, saya tak mahu dedahkan identitinya. Tujuan posting ini dikongsi untuk memberi kesedaran kepada komuniti Muslim bahawa kita mesti mengajar orang yang lebih muda bahawa raya bukanlah hari mengumpul duit raya atau berapa nilainya.

"Kepada orang dewasa, beri duit raya tak wajib dan kalau nak beri jumlahnya biarlah ikhlas.

"Siapa yang tak mampu atau tak mahu memberikannya, tak mengapa. Akhir sekali jangan menilai jangan menilai seseorang berdasarkan jumlah duit raya yang diberikan kepada kanak-kanak," tulisnya. -coconuts

duit raya , sampul raya

Artikel Sebelum

Budak 3 tahun maut ditikam saudara

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain