Sah! Amirudin Shari MB Selangor baharu - Semasa | mStar

Sah! Amirudin Shari MB Selangor baharu

KLANG: Teka-teki mengenai calon Menteri Besar Selangor akhirnya terjawab pagi Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai MB Selangor yang ke-16 pada pagi Selasa.

Amirudin mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah.

Beliau mengambil alih jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Azmin Ali yang mengisi portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Amiruddin yang juga merupakan Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan tiba di pekarangan Balairung Seri Istana Alam Shah sekitar pukul 8.20 pagi bersama isterinya, Masdiana Muhamad.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai calon bagi jawatan itu selepas Azmin menerima pelantikan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Profil:

Nama : Amirudin Shari

Umur : 38 Tahun

Tarikh Lahir: 8 Februari 1980

Jawatan pernah disandang :

- Adun Sungai Tua (2008-2013, 2013-2018, 2018 hingga kini)

- Exco Pembangunan Belia, Sukan, Kebudayaan dan Keusahawanan (2014 hingga kini)

- Ahli Jawatankuasa Pusat PKR

- Bekas Pengurus Persatuan Bola Sepak Selangor

- Penyelaras program di Institut Kajian Dasar

Pendidikan:

-Sekolah Menengah Benut, Pontian

- Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Universiti Putra Malaysia.

- Memperolehi latihan khas berhubung persiapan pilihan raya di bawah Konrad Adenauer Stiftung yang dianjurkan di Berlin dan Munich.

Latar belakang politik:

- Aktif dalam sayap AMK sejak 2014 dan dipilih sebagai Naib Ketua Bahagian

- Pada Januari 2014, Amirudin mengumumkan pencalonannya sebagai Ketua Pemuda AMK

- Mula bertanding sebagai Adun pada tahun 2008

Kerusi pernah ditandingi:

- PRU12 - N16 Batu Caves

- PRU13 - N16 Batu Caves

- PRU14 - N16 Sungai Tua

Amirudin Shari

Artikel Sebelum

Bapa Altantuya jumpa Tun M esok

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain