suria

Bayi lelaki maut dikelar ibu kandung

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar ibu kandungnya di Felda Jengka, Maran dekat sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ACP Othman Nayan berkata suspek yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi.  

"Kejadian disedari oleh bapa mangsa yang mendakwa telah menolak suspek apabila melihat dia mengelar leher mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan menggunakan pisau.

"Bapa mangsa membawanya ke Hospital Jengka, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia menyebabkan pihak hospital memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.  

Othman menambah suspek telah ditahan sejurus kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.  

Katanya, polis telah mengambil keterangan bapa mangsa dan didapati suspek tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana hospital sebelum ini. - Bernama

bayi dikelar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain