suria

Lelaki lemas ketika jala ikan di Empangan Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh.

PADANG BESAR: Seorang lelaki lemas ketika menjala ikan di Empangan Timah Tasoh dekat sini, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Muhamad Halim Yatim berkata mangsa, Zulkifli Adam, 54, keluar menjala di empangan itu bersama enam saudaranya pada 12 tengah hari  Ahad.

"Mereka berpecah kepada dua kumpulan ketika menjala. Mangsa bersama seorang saudaranya dalam satu kumpulan manakala empat lagi dalam satu kumpulan.

"Mangsa dikatakan telah turun ke dalam air seorang diri dan saudaranya menunggu di darat sebelum mendapati mangsa tiba-tiba hilang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Ahad.

Muhamad Halim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian  itu pada 5.05 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama pihak bomba.

"Mangsa berjaya dijumpai pada 6.30 petang bersama jala yang digunakannya," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk di bedah siasat.

lemas, Empangan Timah Tasoh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain