suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas 100 tahun rentung dalam kebakaran

Gambar daripada Facebook Wirdayatie Attin.

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas berumur 100 tahun rentung selepas rumah didiaminya di Kampung Lohan Hulu, Ranau, musnah dalam kebakaran, petang Rabu.

Menurut kenyataan Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mangsa dikenali sebagai Piah Limbongot.

Seorang  lelaki yang identiti dan kaitannya dengan warga emas berkenaan tidak dinyatakan, turut cedera di bahagian kepala dalam kejadian itu.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa yang rentung telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa lelaki dihantar ke hospital untuk rawatan.

Pihak bomba dimaklumkan tentang kejadian itu pada 2.48 petang dan menghantar dua jentera berserta  sembilan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian, menurutnya. - Bernama

kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Lain