suria

RM9.8 bilion pelaburan 1MDB adalah 'scam'!

PUTRAJAYA: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak mampu membayar hutangnya, kata dua pengarah syarikat itu kepada Menteri Kewangan (MoF).

Pendedahan itu dibuat pada mesyuarat antara Kementerian Kewangan dan pengarah 1MDB Datuk Norazman Ayob dan Datuk Kamal Mohd Ali.

"Pengarah-pengarah 1MDB mengesahkan bahawa 1MDB tidak solven dan tidak mampu membayar hutangnya," kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada pemberita pada Rabu (23 Mei) selepas mesyuarat itu.

"Bekas Ketua Pegawai Kewangan, Azmi Tahir juga telah menulis kepada kementeriannya pada bulan Mac untuk menyatakan bahawa 1MDB tidak akan dapat membayar faedahnya pada April dan Mei 2018," kata beliau.

Kamal juga memberitahu bahawa unit pelaburan bernilai AS$940 juta (RM3.743 bilion) yang dimiliki dengan Bank Singapura BSI dan dana pelaburan bernilai AS$ 1.56 bilion (RM6.21 bilion) yang dimiliki oleh 1MDB Global Investments Limited sebagai 'scam'.

"Pelaburan ini bernilai kira-kira RM9.8 bilion, yang jika ditebus, lebih daripada cukup untuk memenuhi obligasi kewangan 1MDB untuk beberapa tahun akan datang," kata Lim.

"Lembaga pengarah mendakwa mereka telah berkali-kali mempertikaikan nilai dan kewujudan pelaburan ini semasa mesyuarat lembaga bulanan.

"Ini kerana pihak pengurusan 1MDB berulang kali gagal memberikan bukti kepada lembaga pengarah tentang kewujudan pelaburan tersebut dalam tempoh dua tahun yang lalu.

"Datuk Kamal memanggil pelaburan ini sebagai penipuan," kata Guan Eng.

Selain kedua-dua pengarah itu, Guan Eng mengadakan pertemuan berasingan dengan ketua pegawai eksekutif dan presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy serta bekas ketua pegawai kewangan (CFO) 1MDB , Azmi dan bekas peguam umum 1MDB, Ivan Chen.

Guan Eng menyifatkan Arul Kanda sebagai "tidak jujur dan tidak boleh dipercayai".

"Arul Kanda mendakwa bahawa semua perkara berkaitan kewangan dikendalikan dengan ketat oleh CFO syarikat dan dia tidak pasti tentang nilai pelaburan ini - atau ia memang wujud.

"Sukar dipercayai bahawa seorang yang pegawai bank yang menerima gaji yang sangat tinggi dan berpengalaman dalam pelaburan boleh menjadi tidak bertanggungjawab dan tidak tahu sama ada pelaburan bernilai RM9.8 bilion ini benar-benar berlaku atau tidak," kata Lim.

Menteri Kewangan berkata beliau telah mengarahkan penasihat undang-undang kementerian untuk mengkaji kedudukan Arul Kanda sebagai presiden 1MDB.

Kementerian Kewangan, 1MDB

Artikel Sebelum

Raja Gula tabik Tun M

Artikel Berikut

Artikel Lain