Harga minyak kekal - PM - Semasa | mStar

Harga minyak kekal - PM

ron95

DIKEMASKINI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan harga bahan api akan dikekalkan.

Beliau berkata, harga minyak di pasaran telah meningkat sebanyak AS$70 setong.

"Tetapi harga minyak di pam akan dikekalkan.

"Kita tidak akan naikkan harga," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Pakatan Harapan di Perdana Putra di sini, Rabu.

Harga bahan runcit petrol RON95 dan RON97 dan diesel sama sejak lebih tujuh minggu lalu.

Ini bermakna harga petrol RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.47 seliter dan diesel pada RM2.18 seliter dan diesel pada RMM2.28 seliter.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, harga bahan api berkenaan sama seperti ditetapkan kerajaan terdahulu sejak 22 Mac lalu.

"Tiada naik atau turun (harga bahan api), kalau harga minyak global naik kerajaan akan subsidi," katanya.

Kerajaan sebelum ini menetapkan harga runcit petrol dan diesel ditetapkan secara mingguan bermula 29 Mac 2017.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain