suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azeez sahkan SPRM serbu rumah dan pejabatnya

Abdul Azeez Abdul Rahim

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan serentak di tiga lokasi berbeza yang melibatkan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, Selasa.

Menurut sumber SPRM, serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.

"Serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah. Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Susulan itu, protal berita Malaysiakini telah mendapat komen anggota MT Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang telah mengesahkan bahawa SPRM hadir ke rumah dan pejabatnya di Baling, Kedah pada Selasa.

Sementara itu, menurut sumber Bernama, SPRM turut menyita sejumlah wang tunai di salah satu lokasi pemeriksaan.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.


SPRM, MT Umno, Tabung Haji

Artikel Lain