suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet yang pertama di Perdana Putra di sini, Rabu.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.25 pagi itu dihadiri kesemua 13 menteri yang mengangkat sumpah pada Isnin lepas.

Sebelum mesyuarat kabinet itu bermula, Dr Mahathir menyertai sesi bergambar bersama jemaah menteri.  Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Ini merupakan mesyuarat kabinet pertama setelah Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Dr Mahathir memenangi  Pilihan  Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, lepas.

Dr Mahathir, 92, kembali menerajui negara selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia berikutan kemenangan PH itu, sekali gus menjadi perdana menteri tertua di dunia.

Beliau sebelum ini merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan menerajui tampuk pemerintahan  negara dari 1981 sehingga 2003.    -- Bernama   

Kabinet, Mahathir

Artikel Lain