suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan bubar MPN, Jasa, SPAD, JKKP

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Turut dibubarkan adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Putrajaya, Rabu.

Kata Dr Mahathir, institusi yang diwujudkan pentabiran kerajaan terdahulu akan dikaji semula.

"Kebanyakan institusi ini bukan sebahagian daripada kerajaan dan sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan, jadi semuanya akan dibubarkan," katanya pada sidang media pada Rabu.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan meneliti bagi memastikan institusi mana yang akan dikekalkan atau ditangguhkan.

MPN, Kabinet, SPAD

Artikel Berikut

Harga minyak kekal - PM

Artikel Lain