suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin DAP jumpa PM

Lim Guan Eng (dua, kiri) bersama Anthony Loke dan Gobind Singh (dua, kanan) meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir pada Selasa. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin DAP dilihat meninggalkan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini kira-kira 10 pagi Selasa, dipercayai mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  

Antara yang dilihat memasuki bangunan itu pada kira-kira 9 pagi ialah Timbalan Pengerusi, Gobind Singh Deo; Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang baru dinamakan sebagai Menteri Kewangan dan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke.

Cubaan warga media yang menunggu sejak awal pagi di luar perkarangan bangunan itu untuk mendapatkan reaksi pemimpin DAP terbabit bagaimanapun gagal. 

Seketika kemudian kira-kira 10.30 pagi, kenderaan yang membawa Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilihat memasuki perkarangan bangunan tersebut.

Terdahulu, Dr Mahathir dilihat tiba di bangunan itu pada 8.54 pagi. - Bernama

DAP, Dr Mahathir Mohamad

Artikel Lain