suria

Pembebasan Anwar ditunda

PETALING JAYA: Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan pada Selasa tidak kesampaian apabila Jawatankuasa Lembaga Pengampuan hanya akan bersidang pada Rabu.

Ini berbeza dengan kenyataan beberapa pimpinan PKR sebelum ini yang memaklumkan bahawa Anwar akan dibebaskan esok (Selasa).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan lewat petang ini memaklumkan program berkaitan pembebasan Anwar ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

"Keadilan menerima makluman terkini daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat pada Rabu.

"Oleh itu, sebarang program berkaitan pembebasan Anwar ditunda sehingga makluman lanjut dibuat. Sebarang kesulitan adalah dikesali," katanya.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ketua Umum PKR itu yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V menyatakan kesediaan untuk memberi pengampunan segera kepada Anwar.

“Ia adalah pengampunan penuh, yang juga bermaksud beliau bukan sahaja diberikan pengampunan tetapi juga dibebaskan dengan segera apabila mendapat pengampunan,” kata Dr Mahathir.

Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain