suria

Irwan Serigar ditukar ke JPA

PETALING JAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah tidak lagi dibenarkan menjalankan tugasnya di Kementerian Kewangan.

Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa, bermula hari ini hingga 13 Jun, Mohd Irwan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tidak dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan apa-apa berkaitan dengan kementerian terbabit.

Malah, Ali berkata perkhidmatan kontrak Mohd Irwan yang sepatutnya berakhir 6 Mac 2019 turut dipendekkan berkuatkuasa hari ini.

"Kerajaan telah memutuskan supaya perkhidmatan kontrak pegawai dipendekkan berkuat kuasa mulai 14 Jun 2018," katanya.

Artikel Lain