Musa Aman bukan lagi Ketua Menteri Sabah - Semasa | mStar

Musa Aman bukan lagi Ketua Menteri Sabah

Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Sabah Abinan Asli (kiri) menyampaikan surat pemberitahuan bahawa Tan Sri Musa Aman bukan lagi Ketua Menteri Sabah melalui Setiausaha Sulit Musa, Effendi Mohamed Sunoh, Isnin.-fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Abinan Asli pada Isnin menyampaikan surat pemberitahuan bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman bukan lagi ketua menteri Sabah.

Ketika ditemui pemberita di sini, Abinan berkata beliau menghantar surat itu melalui setiausaha sulit Musa, Effendy Mohamed Sunoh, pada pukul 11.34 pagi selepas gagal menyampaikan surat itu di kediaman peribadi Musa.

Beliau berkata pemberitahuan itu berkuat kuasa 12 Mei lepas.

Terdahulu, rombongan Istana Negeri diketuai Abinan tiba di kediaman peribadi Musa pukul 11.05 pagi dan menunggu kira-kira 20 minit di luar rumahnya untuk menyampaikan surat berkenaan, namun gagal.

Sejurus itu, rombongan berkenaan berjaya berjumpa dengan Effendy untuk menyampaikan surat itu.

"Saya tidak akan membuka surat ini. Saya hanya menerima dan akan disampaikan kepada yang berkenaan," katanya kepada Abinan selepas menandatangani borang penerimaan surat itu.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei malam setelah parti itu memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah bergabungan dengan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) yang memperoleh dua kerusi.

Pada 12 Mei malam, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah ke-15 di Istana Negeri di sini dan sekali gus menggantikan kerajaan gabungan BN dan Star selepas hilang majoriti mudah.

Mohd Shafie dilantik Ketua Menteri selepas memperoleh majoriti mudah 35 kerusi yang dimenangi Parti Warisan bersama sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP serta enam ADUN daripada BN iaitu empat daripada Umno dan dua daripada UPKO yang berpaling tadah kepada parti Warisan.
-Bernama

Ketua menteri Sabah , Musa Aman

Artikel Sebelum

SPRM dikawal ketat!

Artikel Berikut

Apandi masuk pejabat seperti biasa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain