suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dzulkifli sahkan tamat kontrak

PETALING JAYA: Tan Sri Dzulkifli Ahmad mengesahkan telah menyerahkan surat penamatan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa hari ini.

Menurut Dzulkifli, penamatan kontrak itu berkuatkuasa mulai hari ini.

Malah beliau turut memaklumkan akan melaporkan diri kembali ke Pejabat Peguam Negara esok.

"Sehubungan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SPRM yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh perkhidmatan saya sejak 1 Ogos 2016.

"Saya berharap seluruh warga SPRM akan terus memikul amanah dan tanggungjawab dalam usaha memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa di negara ini bersama kepimpinan baharu," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di atas pelantikan sebagai perdana menteri ketujuh selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Dzulkifli Ahmad, SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain