suria

Tiada Peguam Negara buat masa ini! - Tun M

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa perkhidmatan Peguam Negara sedia ada telah ditamatkan serta merta.

Beliau berkata, tindakan menyingkirkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali itu dibuat susulan beberapa keputusan salah yang dibuatnya sebelum ini.

Jelasnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menyekat mana-mana pihak yang mungkin terlibat dalam kes salah laku atau membuat keputusan salah.

"Buat masa ini, tiada AG (Peguam Negara).

"Kita juga akan menyiasat isu 1MDB secepat mungkin kerana ia melibatkan ramai pihak, termasuk aktiviti penggubahan wang haram," katanya menerusi sidang media pengumuman Kabinet yang diadakan di Menara Yayasan Selangor di sini pada Sabtu.

Perdana menteri juga berkata bahawa siasatan berkaitan 1MDB akan dilaksanakan secepat mungkin kerana ia melibatkan ramai pihak, termasuk aktiviti penggubahan wang haram.

Tambahnya, beberapa negara akan dihubungi untuk mengetahui berhubung situasi sebenar berkaitan dana 1MDB.

"Kita kena hubungi Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura, Luxemborg untuk mendapatkan semua data bagi mengetahui apa yang berlaku dengan wang tersebut. Ia akan ambil masa.

"Banyak perkara yang harus dikaji sejak 2009 sehingga kini dan tindakan sewajarnya akan diambil secepat mungkin," jelasnya.

Dalam pada itu, perdana menteri juga mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat kerajaan melibatkan keanggotaan lima tokoh negara yang pernah menyandang jawatan penting dan memiliki kepakaran dalam bidang tertentu.

Kelima-lima tokoh itu akan mengkaji kes 1MDB bersama beberapa pakar lain sekiranya ada keperluan buat mereka berbuat demikian.

kabinet, PH, Dr Mahathir

Artikel Berikut

Artikel Lain