Osman Sapian MB Johor

-foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian pada mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene, di sini.

Menurut laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas itu menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan di hadapan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada kira-kira 3.06 petang.

Turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Johor ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, paduka-paduka anakanda serta suami kepada Tunku Puteri Johor Tunku Tun Aminah, Dennis Muhammad Abdullah.

Antara yang hadir termasuk Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Aminolhuda Hassan.

Menurut laman berkenaan, Sultan Ibrahim dalam titah baginda bersedia bekerjasama dengan Menteri Besar dan memberi nasihat dari semasa ke semasa.

Baginda turut mengingatkan Osman agar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh dan memastikan Bangsa Johor sentiasa bersatu.

Osman, 67, yang merupakan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai menteri besar.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.

Osman yang bertanding di kerusi DUN Kempas memperoleh 21,137 undi mengalahkan lawannya dengan majoriti 9,178 undi iaitu calon BN Datuk Ramlee Bohani menerima 11,959 undi manakala calon PAS, Dzulkifli Suleiman menerima 2,321 undi.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Adun Kempas di bawah BN selama tiga penggal mulai 1999 hingga 2013 sebelum digugurkan daripada bertanding pada 2013.
-Bernama

MB Johor, Osman Sapian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain