suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kon Yeow ganti Guan Eng di P.Pinang

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow bakal menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu.

Kon Yeow berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad (13 Mei) untuk mengesahkan pelantikannya.

"Setakat ini disahkan, tetapi parti masih belum membuat pengumuman rasmi," kata Kon Yeow.

Kon Yeow akan mengambil alih jawatan itu daripada Lim Guan Eng, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan pada Sabtu.

Jemputan untuk upacara angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu di kediaman Yang di-Pertua Negeri di Sri Mutiara pada Isnin (14 Mei) telah dihantar.

Kon Yeow memenangi kerusi Parlimen Tanjung dan DUN Padang Kota pada PRU14.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Osman Sapian MB Johor

Artikel Lain