suria

MB: Muhyiddin akan menghadap Sultan Johor

Muhyiddin Yassin.

JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan Pakatan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Khamis (10 Mei).

Naib Presiden Pakatan, Salahuddin Ayub berkata, pelantikan Menteri Besar akan menjadi tumpuan dalam pertemuan antara Muhyiddin dan baginda pada pukul 10 pagi.

"Calon-calon untuk jawatan Menteri Besar Johor akan dibincangkan lebih lanjut dalam majlis presiden Pakatan di mana nama tersebut harus dipersetujui oleh semua pihak," katanya.

Salahuddin berkata demikian pada sidang media di sebuah hotel di sini selepas Pakatan Harapan memenangi 36 kerusi negeri yang membolehkannya merampas Johor daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

Sementara itu, Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) negeri, Datuk Osman Sapian berkata, sesi menghadap Sultan akan dilakukan sama ada di Istana Pasir Pelangi atau Istana Bukit Serene.

"Istana Johor telah meminta supaya tiga nama diberikan kepada Sultan Ibrahim untuk jawatan Menteri Besar," katanya.

Bagaimanapun, Osman enggan mendedahkan nama-nama yang dipilih oleh Pakatan Harapan.

Muhyiddin Yassin, Sultan Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain