suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Terima kasih semua” - Khaled Nordin

Mohamed Khaled Nordin.

PASIR GUDANG: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong atas kepercayaan diberikan untuk mentadbir negeri ini selama lima tahun.

Perkara itu dinyatakan setelah BN negeri menerima keputusan PRU14 ini secara matang.

Katanya, sebagai orang politik beliau sentiasa bersedia dengan apa juga keadaan kerana perjuangan yang dilakukan adalah satu sumbangan khidmat kepada masyarakat.

“Saya ingin ambil kesempatan di sini untuk umumkan iaitu hari esok (Khamis) saya akan buat persidangan akhbar untuk maklumkan bahawa untuk Johor, kita BN tidak berjaya dan pihak pembangkang akan mengendalikan kerajaan," katanya ketika berucap di Pejabat Umno Bahagian Pasir Gudang di sini, Rabu malam.

Mohamed Khaled berkata, semua yang berlaku mempunyai hikmah dan beliau mendoakan kesejahteraan semua rakyat di negeri itu.

"Sebagai mantan Menteri Besar, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada semua, lima tahun adalah satu jangka masa yang sangat sarat, kita tak pernah berhenti untuk bangun dan majukan Johor," katanya. - Sinar Harian

Khaled Nordin

Artikel Lain