suria

Cuti umum pada Khamis, Jumaat

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan parti tersebut telah memenangi jumlah kerusi yang mencukupo untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah, sekali gus mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional selama 60 tahun.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata, pakatan telah dihubungi oleh Istana, yang mengiktiraf keputusan tidak rasmi yang masih dinantikan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kata beliau, Khamis dan Jumaat akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai hari pelepasan am.

"Kami tidak boleh mengumumkan hari pelepasan am sebab kamu belum menjadi kerajaan, katanya pada sidang media yang diadakan pada pukul 2.45 pagi Khamis.

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada awal pagi Khamis berkata, kerajaan telah menetapkan bahawa Khamis (10 Mei) dan Jumaat (11 Mei) sebagai hari pelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Bagi negeri-negeri yang menjadikan Jumaat (11 Mei) dan Sabtu (12 Mei) sebagai hari pelepasan mingguan, maka Ahad ditetapkan sebagai hari pelepasan am tambahan.

"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya.

Tun M, PRU14

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain