suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Media berkampung di luar kediaman Najib

KUALA LUMPUR: Pemberita kini tertumpu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan komen berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), apabila sejumlah besar pengamal media berkampung di luar kediamannya di Jalan Duta di sini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak hadir di ibu pejabat Umno, dan pemberita kemudian bergegas ke kediamannya setelah mendapat tahu pucuk pimpinan parti berada di kediamannya untuk perjumpaan sulit.

Difahamkan antara yang hadir pada perjumpaan itu adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Khairy Jamaluddin.  

Mereka yang berkampung di luar kediaman Najib sejak pukul 12.30 pagi Khamis cuba untuk mendapatkan komen daripada pemimpin yang kelihatan.

Khairy berkesempatan untuk memberikan komen semasa berjalan ke keretanya untuk beredar.

"Barisan Nasional bersedia kehendak rakyat.

"Apapun, kita perlu menghormati kehendak rakyat. 

"Kita perlu memastikan keputusan pilihan raya juga dihormati," katanya.

Setakat pukul 2.32 pagi, pengamal media dilihat masih menunggu di luar kediaman Najib. 

Najib Tun Razak

Artikel Sebelum

Artikel Lain