Tun M nafi miliki saham The Loaf - Semasa | mStar

Tun M nafi miliki saham The Loaf

BUKIT KAYU HITAM: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang menutup perniagaannya baru-baru ini.

Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berkaitan laporan kedai roti berkenaan menutup perniagaannya selepas beroperasi selama 12 tahun.

Katanya, setakat ini beliau hanya mempunyai 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

"Saham terbabit dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat itu ketika menjadi perdana menteri sebelum ini,"katanya, ketika ditemui selepas ceramah Selamatkan Felda! Selamatkan Malaysia di Felda Bukit Tangga, di sini malam Jumaat.

Sebelum ini, satu notis penutupan The Loaf yang mempunyai 12 cawangan itu dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.

Ia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggannya di atas sokongan diberikan kepada mereka sepanjang 12 tahun. - Sinar Online

 

Tun M , The Loaf

Artikel Sebelum

Dadah RM8.7 juta dirampas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain