suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat bayi lelaki dijumpai dalam tong sampah

Gambar hiasan buang bayi.

SHAH ALAM: Mayat bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di dalam sebuah tong sampah di Pusat Komersil Seksyen 7, di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dijumpai oleh seorang pekerja lori sampah yang sedang bekerja di kawasan tersebut kira-kira 7.51 pagi.

"Pekerja terlibat menemukan mayat bayi malang itu yang berbalut surat khabar dan dibungkus dalam plastik putih sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 7," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.-Bernama

Bayi lelaki, tong sampah

Artikel Lain