suria

Huawei P20, P20 Pro Untuk 'Kaki Fotografi', 'Kaki Selfie'!

Reka bentuk moden dengan paparan skrin besar pastinya memberi kepuasan kepada pengguna.-fotoTHESTAR

MESKIPUN baru sahaja dilancarkan, telefon pintar Huawei model P20 dan P20 Pro bagaikan satu sensasi dalam dunia fotografi moden.

Jika suatu ketika dahulu, jurufoto terpaksa mengusung kamera DSLR yang berat untuk mendapatkan gambar yang berkualiti, kini semuanya sudah berubah.

Model terbaharu keluaran Huawei adalah jawapan yang dicari-cari, terutama oleh 'kaki fotografi'.

Malah, mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi juga mampu menghasilkan gambar bertaraf profesional dengan menggunakan peranti ini.

Timbalan Pengarah Huawei Malaysia, Matthew Ng berkata, semua itu tidak mustahil dengan teknologi yang digunakan dalam peranti berkenaan.

Pengarah Produk Huawei Malaysia Luke Au (kiri) dan Timbalan Pengarah Huawei Malaysia Matthew Ng menunjukkan dua model siri P20. -fotoTHESTAR

"Selain menggunakan teknologi kamera Leica, model ini turut menggunakan processor Kirin 970 yang dipadankan bersama RAM 4GB dan 6GB.

"Lebih canggih, dengan teknologi Artificial Intelligence (AI), peranti ini boleh membuat tetapan fotografi secara automatik dan membantu pengguna mengambil gambar dengan sempurna," ujar Matthew pada pelancaran Huawei P20 dan P20 Pro pada Selasa.

Gabungan teknologi AI dan fotografi pastinya memberi seribu satu manfaat buat pengguna model itu.

-fotoTHESTAR

Antara fungsinya ialah 'focus corrected', 'voice command', 'real time image recognition' dan 'assisted composition'.

Apa maksud semua terma-terma ni? Dalam bahasa mudahnya, jika anda mengambil gambar senget, peranti berkenaan akan memberitahu anda 'angle' yang lebih baik untuk merakamkan gambar.

Bukan itu sahaja, ia juga secara automatik akan memperbetulkan komposisi, pencahayan, fokus imej dan macam-macam lagi.

Haa, canggih bukan? Tak perlu ada guru, telefon pun boleh ajar anda cara untuk menangkap gambar dengan sempurna.

Malah, P20 dan P20 Pro turut dihadirkan dengan fungsi penstabilan yang mana gambar dan video anda tidak akan kelihatan bergoyang atau kabur walaupun ia diambil sewaktu subjek sedang bergerak.

Dengan teknologi AI, peranti ini membantu anda menghasilkan gambar bertaraf profesional.

Selain mempunyai pencahayaan khusus untuk mod foto potret, ia juga mempunyai 3x zoom optikal dan 5x hibrid zoom menjadikan gambar jarak jauh kelihatan sempurna dan tidak kelihatan pecah.

Bagi mereka yang berminat, peranti berkenaan akan mula dijual pada Jumaat ini pada harga RM2,599 (P20) dan RM3,299 (P20 Pro).

Perbezaan ketara dua peranti itu pastinya kualiti gambar yang mana P20 mempunyai dwi-kamera 20 megapiksel dan 12 megapiksel.

Huawei P20 dan P20 Pro dilancarkan di Sunway Pyramid Convention Centre pada Selasa dan mula dijual pada Jumaat ini. -foto THE STAR

P20 Pro pula dilengkapi gabungan tiga lensa iaitu 40 megapiksel RGB, 20 megapiksel monokrom dan 8 megapiksel untuk foto jarak jauh.

Kedua-dua peranti ini turut disertakan dengan kamera hadapan 24 megapiksel untuk swafoto yang lebih realistik.

Selain itu, P20 didatangkan dengan skrin jenis LCD dan RAM 4GB, manakala P20 Pro menggunakan skrin OLED dan mempunyai RAM 6GB.

Jika mahu dapatkan model terbaharu itu dengan tawaran hadiah-hadiah menarik, anda boleh menghadiri P20 Roadshow yang akan diadakan bermula 6 hingga 8 April ini di Sunway Pyramid.

Artikel Sebelum

Artikel Lain