Pendaki Tertua Malaysia Tiba Di Lukla - Semasa | mStar

Pendaki Tertua Malaysia Tiba Di Lukla

Pemandangan di Lukla, Nepal. - Foto dari Nepal Hotel.

KUALA LUMPUR: James Lee Chong Meng, pendaki gunung tertua Malaysia, yang sedang melakukan cubaan kali ketiga untuk menawan puncak Gunung Everest, tiba di Lukla, di timur laut Nepal pada Ahad.

Jurucakap pendaki itu berkata Lee, 70, bertolak ke Kathmandu pada Sabtu dengan diiringi sekumpulan CEO Vistage untuk melakukan pendakian ke Kem Induk Everest (EBC).

Lee.

Dalam cubaan kali pertamanya pada Mei 2016, Lee terpaksa membatalkan pendakian pada peringkat terakhir di Kem 3 yang terletak pada ketinggian 7,200m akibat cuaca buruk.

Dalam cubaan kali kedua pula, Lee tidak dapat meneruskan misinya apabila mengalami sakit dada dan masalah bernafas di Kem 2 pada ketinggian 5,545m.

Everest adalah gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848m.

Misi yang dikenali sebagai Mount Everest Summit Challenge ditaja Scientex Berhad.

Lee membawa dua mesej melalui misi itu. Pertama untuk menggalakkan rakyat daripada semua lapisan usia supaya memanfaatkan kesihatan untuk bergerak aktif dalam masyarakat dan kedua, menarik perhatian orang ramai tentang keperluan memulihara alam sekitar. - Bernama

James Lee Chong Meng

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?