suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pensyarah Meninggal Dunia Di Lapangan Terbang Oman

KUALA TERENGGANU: Pensyarah Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Shahril Othman meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Oman pada Khamis.

Beliau, yang juga Pengarah Pejabat Kolej Kediaman (PKK) UniSZA, meninggal akibat serangan jantung ketika sedang menunggu penerbangan untuk pulang ke Malaysia selepas selesai urusan penyelidikan di Arab Saudi bersama dua pensyarah lain.

UniSZA dalam kenyataannya memberitahu Allahyaham telah berkhidmat di UniSZA selama 10 tahun bermula 2008 dan meninggalkan empat orang anak.

"Jenazah Allahyarham masih berada di Oman dan sedang dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia. Seluruh warga UniSZA menzahirkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham," menurut  kenyataan itu.- Bernama

Pensyarah, Unisza

Artikel Lain