suria

Wira Penyelamat, Penjinak Ular Meninggal Dunia

KUANTAN: Penjinak ular yang juga anggota bomba dan penyelamat Temerloh, Abu Zarin Hussin yang kritikal selepas dipatuk ular tedung selar 12 Mac lalu, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh awal pagi Jumaat.

Abu Zarin meninggal dunia sekitar jam 12.45 pagi tadi selepas hampir tiga hari bertarung nyawa akibat patukan ular tedung selar.

Allahyarham merupakan salah seorang anggota dalam Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang merupakan antara tenaga pengajar bagi melatih anggota baharu, selain sering  mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Difahamkan, kejadian dipatuk haiwan berbisa ini bukanlah merupakan insiden pertamanya dan sebelum ini sudah banyak kali dipatuk malah pernah dua kali koma akibat kecederaan serius.

Jenazah mangsa di bawa ke kampung halamannya di Kampung Permatang Gading, Pasir Putih, Kelantan untuk dikebumikan.

Jenazah dijangka tiba kira-kira jam 9 pagi Jumaat dan dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat.

Penjinak Ular

Artikel Lain