suria

Isu Kem Cuti: PPKN Sedia Jadi Orang Tengah Patriot-JLKN

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Selepas Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terpalit kontroversi apabila dilemparkan tanggapan 'seperti kem percutian', Persatuan Pengusaha Kem Khidmat Negara (PPKN) tampil bersuara bagi menjelaskan salah faham tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Kamil Ibrahim berkata, pihaknya sedia menjadi perantara bagi dua pihak iaitu Pesara Pasukan Keselamatan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi menjelaskan mengenai PLKN 2.0.

"Pihak persatuan mengambil maklum akan isu tersebar di sebuah portal berita yang bertajuk 'PLKN macam kem percutian, kata Patriot' dan berpandangan ia adalah tidak tepat berbanding keadaan sebenarnya.

"PPKN juga mengalu-alukan cadangan dan penambahbaikkan daripada pihak Patriot bagi meningkatkan lagi keberkesanan program ini," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.

Jelas Ahmad Kamil, program PLKN 2.0 telah melalui era transformasi pada 2015 dan JLKN sudah menganjurkan Makmal Transformasi PLKN bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan berhubung transformasi PLKN.

Antara pihak yang terlibat adalah agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pemain industri, golongan muda, operator kem, alumni dan jurulatih PLKN serta golongan ibu bapa.

Sebelum ini, menerusi sebuah portal berita, Patriot mendakwa pihaknya bakal menganjurkan bengkel untuk belia dan berikrar akan melakukan kerja yang lebih baik dalam menyemai semangat penyatuan dan cintakan negara PLKN.

Bengkel yang dinamakan sebagai Bengkel Kepimpinan Belia dan Patriotisme itu akan dikendalikan oleh bekas pegawai polis dan veteran tentera.

PLKN, PPKN, Patriot, JLKN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain