suria

Dua Warga India Didakwa Perdagang Lima Wanita Senegara

SEREMBAN: Dua bersaudara warga India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan memperdagangkan lima wanita senegara, bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh Balan Raju, 40, dan Chira Usharani, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa.

Kedua-dua  tertuduh didakwa memperdagangkan lima wanita berusia 28 hingga 42 tahun, bagi maksud eksploitasi  seks, di Taman Bukit Delima di sini, pada 24 Januari lepas, pada 5.30 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Pemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurhafiza Haron memohon kepada mahkamah untuk tidak memberikan jaminan kepda kedua-dua tertuduh kerana mereka merupakan warganegara asing dan cap keselamatan mereka telah tamat tempoh.

Peguam kedua-dua tertuduh, A. Prema, bagaimanapun me mohon mahkamah mengenakan jaminan yang paling rendah kerana mereka mempunyai seorang saudara di sini yang bekerja sebagai pemandu lori dan sudi menjamin mereka.

Junaidah kemudiannya tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 22 Mac depan untuk serahan dokumen.-- Bernama

India, Balan Raju

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain