Trump Puji Najib - Semasa | mStar

Trump Puji Najib

MANILA: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump  memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan tugas cemerlang beliau ketika melaksanakan peranan Malaysia sebagai penyelaras negara dalam Dialog Hubungan Asean-Amerika.

Dalam ucapan ringkas beliau pada Sidang Kemuncak Peringatan Ulang Tahun ke-40 Asean-Amerika di sini, Trump berkata Najib menjalankan tugasnya dengan baik.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri Najib kerana tugas cemerlang yang tuan laksanakan sebagai penyelaras. Saya amat menghargainya… saya sangat hargai, tuan menyelaraskan begitu baik dengan kami,” katanya.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman memberitahu media Malaysia pada Sabtu, bahawa Najib, selaku penyelaras negara bagi dialog hubungan meliputi tempoh 2015-2018, akan membentangkan laporan berkaitan kemajuan penting yang dicapai sepanjang 40 tahun yang lalu dan hala tuju masa depannya.

Kedua-dua pihak juga dijangka membincangkan isu serantau dan antarabangsa membabitkan kepentingan bersama seperti Laut China Selatan, Semenanjung Korea, Memerangi Keganasan dan Keganasan Melampau serta Ekonomi Digital Siber pada Sidang Kemuncak itu.

Dalam Sidang Kemuncak Asean pada 2015, pemimpin serantau dan Presiden Barack Obama yang menghadiri persidangan di Kuala Lumpur, menerima pakai Pelan Tindakan untuk melaksanakan lima bidang kerjasama yang menjadi keutamaan – integrasi ekonomi, kerjasama maritim, cabaran rentas sempadan termasuk perubahan iklim, peneraju baharu dan peluang bagi wanita.-- Bernama

Trump , Najib , Asean

Artikel Sebelum

19 Penuntut UPNM Mengaku Tidak Bersalah

Artikel Berikut

Kasut Punya Pasal...

Artikel Berkaitan

Trump Bengang Dipanggil "Tua"

Korea Utara: Trump Ulangi Amaran

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain