suria

DUN Pulau Pinang Kecoh Isu Durian

GEORGE TOWN: Gara-gara durian, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kecoh pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer yang membangkitkan isu tersebut mendakwa harga durian yang terlalu tinggi pada hari ini adalah berpunca daripada tindakan kerajaan Persekutuan yang mempromosikan dan mengeksport raja buah itu ke China.

Dalam pada itu, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) pula menyifatkan Rayer sebagai 'seorang joker' kerana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan Jahara itu menyebabkan Rayer memanggilnya sebagai 'kurang ajar'.

Pengerusi Jawatankuasa Industri Pertanian dan Asas Tani Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya) berkata permintaan dan bekalan durian menentukan harga buah tersebut kerana ia bukan produk terkawal.

Speaker DUN Pulau Pinang, Law Choo Kiang memberi amaran kepada Rayer dan Jahara supaya duduk  atau mereka akan diperintah keluar dewan.

"Durian adalah topik yang menarik, jadi mengapa anda bergaduh mengenainya," kata Law.

"Saya fikir ia sepatutnya menjadi isu remeh-temeh yang tidak patut dipolitikkan," kata Afif.

durian, DUN Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain