suria

MH370: Kementerian Pengangkutan Perlu Bincang Dengan Ocean Infinity

HONG KONG: Kementerian Pengangkutan perlu mengadakan runidngan dengan syarikat Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity berhubung misi pencarian pesawat MH370 sebelum ia boleh dibincangkan dengan Australia dan China, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, pasukan respons diketuai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman telah mengadakan tiga atau empat mesyuarat dengan syarikat tersebut.

"Tiada tarikh akhir untuk rundingan itu. Kami masih ada masa kerana perlu menunggu lautan menjadi lebih tenang pada Januari sebelum misi pencarian diteruskan," katanya.

Tiong Lai berkata demikian kepada pemberita Malaysia selepas menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia dekat sini, Isnin.

Australia, China dan Malaysia yang bersama-sama menyelaras dan membiayai operasi tersebut menggantung pencarian MH370 apabila pelbagai kaedah dilakukan namun masih gagal mengesan badan pesawat bersama anak kapalnya.

Tambah Tiong Lai, kementerian perlu memastikan terma dan syarat perjanjian dengan syarikat tersebut.

"Apa jenis serpihan untuk dicari? Jika ada bayaran, berapa banyak yang diminta?

"Kita perlu mencapai persetujuan sebelum ia dibawa kepada pihak ketiga," katanya.

MH370

Artikel Sebelum

Generasi Muda Diisytihar Muflis Susut

Artikel Berikut

Ibu Lacur Anak Dipenjara 75 Tahun

Artikel Lain