suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Facebook Palsu - Dr Noor Hisham

PETALING JAYA: Sebuah akaun Facebook palsu dengan menggunakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diwujudkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dr Noor Hisham pada Isnin tampil menjelaskan bahawa dia hanya mempunyai satu akaun Facebook dan satu Facebook Page yang sah.

Akaun Facebook peribadinya menggunakan nama Hisham Abdullah (https://www.facebook.com/drnoorhisham) manakala Facebook Page atas nama Noor Hisham Abdullah (https://www.facebook.com/DGHisham/).

"Akaun Facebook palsu 'Abdullah Hisham Noor' bukan milik saya. Saya telah membuat laporan kepada Facebook untuk menutup akaun tersebut," katanya.

Dr Noor Hisham berkata pemilik akaun palsu itu menghantar mesej peribadi bagi meminta wang kepada beberapa individu selain menghantar teks berbaur godaan kepada jururawat di bawah Kementerian Kesihatan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab itu supaya membuat laporan polis dan menghantar aduan kepada Facebook.

"Tolong berhati-hati bahawa pada hari ini kita mempunyai pelbagai maklumat tetapi kita mesti mengetahui apa yang tepat dan apa yang palsu," katanya.

Facebook palsu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain