suria

Lim Guan Eng Kekal Setiausaha Agung DAP

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) mengekalkan kedudukan sebagai Setiausaha Agung DAP pada Kongres Khas DAP di Pusat Konvensyen Ideal di sini yang dianjurkan bagi memilih ahli jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti tersebut.

Parti itu menyenaraikan barisan 30 ahli CEC pada Ahad di samping turut menamakan tiga individu sebagai timbalan setiausaha agung yang terdiri daripada Teresa Kok, Nga Kor Ming dan V. Sivakumar.

Sementara itu, Tan Kok Wai dilantik sebagai pengerusi kebangsaan dan Gobind Singh Deo sebagai timbalannya, manakala lima lagi dinamakan sebagai naib pengerusi.

Naib pengerusi tersebut ialah Chong Chien Jen, Chow Kon Yeow, M. Kulasegaran, Tengku Zulpuri Shah dan Wong Tien Fatt.

Dalam pada itu, 10 yang lain termasuk Tengku Zulpuri dan Tien Fatt telah dilantik ke CEC oleh 20 ahli yang menerima undian tertinggi pada kongres tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 1,199 undi, dengan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hanya satu undi di belakang beliau iaitu sebanyak 1,198 undi.

Guan Eng pula berada di tempat ketiga dengan 1,180 undi.

Karpal Singh, yang meninggal dunia pada April 2014, menduduki tempat ke-54 dengan 43 undi.

Berikut adalah senarai penuh barisah ahli CEC:

Pengerusi Kebangsaan – Tan Kok Wai

Timbalan Pengerusi – Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi – Chong Chieng Jen

Naib Pengerusi – Chow Kon Yeow

Naib Pengerusi – M.Kulasegaran A/L V.Murugeson

Naib Pengerusi – Tengku Zulpuri Shah Bin Raja Puji

Naib Pengerusi -Wong Tien Fatt (Stephen)

Setiausaha Agung – Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha – General Teresa Kok Suh Sim (Teresa)

Timbalan Setiausaha – General Nga Kor Ming

Timbalan Setiausaha – General Sivakumar A/L Varatharaju Naidu

Bendahari Kebangsaan – Fong Kui Lun

Pembantu Bendahari Kebangsaan – Ngeh Koo Ham

Setiausaha Penganjur Kebangsaan – Anthony Loke Siew Fook

Pembantu Setiausaha Penganjur Kebangsaan – Thomas Su Keong Siong

Pembantu Setiausaha Penganjur Kebangsaan – Khoo Poay Tiong

Setiausaha Publisiti Kebangsaan – Tony Pua Kiam Wee

Pembantu Setiausaha Publisiti Kebangsaan – Yeo Bee Yin

Pembantu Setiausaha Publisiti Kebangsaan – Zairil Khir Johari

Pengarah Pendidikan Politik – Liew Chin Tong

Pembantu Pengarah Pendidikan Politik – Ong Kian Ming

Setiausaha Antarabangsa – Teo Nie Ching

Ahli Jawatankuasa – Lim Kit Siang

Ahli Jawatankuasa – Chong Eng

Ahli Jawatankuasa – Liu Tian Khiew

Ahli Jawatankuasa – Teng Chang Khim

Ahli Jawatankuasa – Jannie Lasimbang

Ahli Jawatankuasa – John Brian

Ahli Jawatankuasa – Wong Kah Woh

Ahli Jawatankuasa – Yeoh Tseow Suan (Hannah)

Kongres Khas DAP, Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain