suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video Lelaki Mirip Dzulkifli Tak Boleh Dipercayai

Nawawi Ahmad.

KUALA LUMPUR: Penularan video seorang lelaki mirip Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang tidak boleh dipercayai, kata Datuk Nawawi Ahmad.

"Dengan teknologi hari ini, wajah Tan Sri (Dzulkifli) boleh digantikan dengan saya... Kita boleh lakukan apa sahaja dengan teknologi," kata Ahli Parlimen Langkawi itu semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Nawawi juga berkata Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) tidak sepatutnya membangkitkan isu itu di Parlimen pada Khamis lalu.

Pada bulan lalu, Dzulkifli menegaskan beliau tidak akan mengendahkan sebarang bentuk serangan peribadi dan berikrar untuk terus memerangi rasuah di negara ini tanpa rasa takut susulan penularan video membabitkan dirinya.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain