suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JDT Juara Piala Malaysia, Johor Cuti

Pasukan JDT meraikan kemenangan selepas menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam Sabtu. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa pada Ahad susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjuarai Piala Malaysia, yang menamatkan penantian selama 26 tahun.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani selepas perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam, Selangor, malam Sabtu.

"Ini satu kejayaan bersejarah selepas 26 tahun Johor tidak memenangi Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor," katanya dalam kenyataan di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, pengumuman cuti itu sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang memperkenankan cuti peristiwa itu sekiranya pasukan JDT muncul juara.

Pemberian cuti itu juga selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369). - Bernama

JDT

Artikel Sebelum

Gurauan Terakhir Ibu

Artikel Berikut

Artikel Lain