suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Main Tekan Dada - Dr Hilmi

Dr Hilmi Yahaya.

GEORGE TOWN: Permainan menekan dada adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kematian otak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau mengingatkan agar pelajar tidak menjadikan permainan berkenaan sebagai gurauan terhadap rakan kerana ia mampu mengundang maut dalam tempoh hanya lima minit.

"Jangan, jangan tekan dada kawan-kawan. Jika dia  ada penyakit jantung, dia boleh mati. Bila tekan dada kita tidak boleh bernafas. Saluran oksigen akan terputus.

"Dalam masa lima minit jika oksigen terputus daripada otak, boleh mati  otak. Jangan sesekali buat kerja begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Rakan Niaga Strategik Negeri Pulau Pinang di sini, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai video berdurasi 25 saat yang tular yang memperlihatkan tiga remaja melakukan aksi menekan dada. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain