suria

Sultan Johor Perkenan Nama Putera TMJ

Foto kredit: Johor Southern Tigers

JOHOR BAHRU: Putera dan waris Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada Sabtu dinamakan Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata anakanda kedua Tunku Ismail itu dinamakan selepas diperkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim dan Jumaah Majlis Diraja Johor.

"Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor seperti berikut: Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail," katanya menerusi kenyataan.

Tunku Ismail dan isteri Che' Puan Khaleeda Bustamam melangsungkan perkahwinan pada 2014.

Pasangan diraja itu sebelum ini dikurniakan seorang puteri Tunku Khalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun tahun lepas.

Putera TMJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain