suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zamihan Dibebas Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin yang direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd  ketika  dihubungi  Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

"Beliau (Zamihan) telah dibebaskan kira-kira 2 petang tadi. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin," katanya ringkas.

Zamihan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas memberi keterangan pada 3.50 petang Rabu.

Beliau direman bermula Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. -Bernama

Zamihan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain